Gambar dari endoskopi menunjukkan endometriosis
Gambar dari Wikipedia
Endometriosis merupakan masalah dimana dinding rahim secara abnormal
wujud di bahagian luar rahim. Dinding rahim yang biasa memang masih ada
dalam rahim, tetapi endometriosis adalah masalah dimana terdapat dinding
rahim tambahan. Ia boleh berlaku pada kawasan pelvis terutamanya pada
ovari dan juga dijumpai pada otot rahim, pada rektum, kawasan antara
rektum dan vagina, kawasan antara vagina dan salur kencing, otot
abdomen, usus. Ini menyebabkan kesakitan sekitar waktu period. Sakit
tersebut biasanya berlaku di kawasan belakang badan sebelah bawah,
pelvis dan kaki, seperti mencucuk cucuk. Perempuan yang mengalaminya
biasanya tidak dapat menahan sakit dan mereka makan ubat panadol untuk
melegakan sakit tersebut.
Tempat berlakunya endometriosis (dot merah)
Gambar dari wikipedia
Masalahnya jika dibiarkan endometriosis boleh menyebabkan:
- organ pada pelvis bercantum antara satu sama lain, menyebabkan lebih lagi kesakitan
- decidualization di mana dinding rahim tambahan tersebut berubah struktur
- pendarahan dalaman sekiranya bebola endometriosis tersebut pecah (chocolate cyst)
- kesakitan sekitar waktu period (dysmenorrhea)
- sakit sewaktu buang air kecil, dan terutamanya sewaktu menahan air kencing
- rasa kencing tak puas, dan kerap kencing
- masalah sembelit
- masalah dengan kesuburan (infertility)
Biasanya tiada rawatan spesifik, tapi jika individu dikhuatiri tidak
dapat mengandung akibat daripada endometriosis, maka doktor (pakar
bedah) akan melakukan pembedahan untuk membuang endometriosis tersebut
agar tidak mengganggu sistem peranakan. Kesakitan pula dirawat dengan
ubat morphine (opioid) ataupun panadol secara kronik (berpanjangan).
Ubat hormon untuk mengelakkan kesakitan akibat period ialah Progesteron.
Progesteron mengurangkan efek estrogen. Estrogen adalah hormon
semulajadi dalam badan yang bertindak untuk meningkatkan ketebalan
dinding rahim. dengan menggunakan progesteron, kita dapat mengelakkan
penebalan dinding rahim. Ubat lain termasuk Oral Contraceptive Pills
yang mengandungi estrogen dan progestron dalam kuantiti yang agak
tinggi.
Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2012/04/endometriosis.html#ixzz2APsT1wMB